ALHAMDULLILAH selesai(Mungkin warkah dari Tuhan)
Posted by Safwan Husaini | Posted in ceritera tentang aku, foto, jiwa seni, Nada Jiwa, palitan perasaan, wishes | Posted on Jumaat, Disember 25, 2009
8
Ku hantar warkah buat tuhan,
Meminta untuk diputuskan nyawa,
Pada hari "pasti tertunaikan"
Rupanay tidak tertulis apa-apa
Duhai Tuhan,
pegangkan jemari itu,
pimpin dia kepahamu,
Besarkan dia,
Perhatikan sentiasa,
Elokkan andai ada buruknya,
Mungkin juga kau ambil aku,
Kerana aku belum mampu hilang kamu.
Buat walid tercinta,
Salam terindah dari hatiku
Jarum pada jam dinding itu kelihatan jelas. Jarum pendeknya pada angka lapan dan jarum panjangnya pada angka dua belas. Keadaan di dewah bedah ini agak bising. Semua tertumpu pada jasad aku yang terkaku di katil. Rongga hidungku terkesan dek bau yang agak menusuk. Seorang jururawat memasang topeng oksigen pada mulut dan hidungku bagi memudahakn kemasukan oksigen langsung ke jasadku. Aku teringat sewaktu menonton Grey Anatomy, oksigen yang dipasangkan akan membantu aku untuk berasa tenang. Bekalan oksigen yang berlebihan juga akan membuat seseorng itu akan berasa khayal.
"Teruskan dengan suntikan pelali". Aku memandang ke arah suara itu. Sewaktu mataku melarik kaku mengesan suara itu, barulah aku sedar kesemuanya ada lima orang doktor dan jururawat yang bertugas. Masing-masing sibuk menjalankan tugas mereka. Tapi mataku tertumpu pada satu jasad lelaki yang separa umur yang mana seluruh badannya dilitupi seragam biru muda. Dan wajah yang ditutupi dengan topeng serta cermin mata surgical itu merenung tajam ke dalam anak mataku. Sungguh aku kenali tuan punya jasad itu. Aku gelisah. Perasaan aku bercampur gaul, ada segala rasa yang tercampur sebati. Picagari diisi dengan pelali diuji. Pancuran kimia jelas kelihatan. Titisan itu berkilauan di bawah suluhan lampu bilik pembedahan. Aku mengikut gerakan tangan jururawat yang mengacukan picagari ke arah tubuhku. Dalam keadaan berbaring aku tidak dapat menjangka ke mana arah tuju jarum tajam itu tapi aku rasa kira-kira di bahagian yang perlu dibedah merupakan sasarannya. Jarum tajam itu menusuk langsung ke uratku. Ummi pernah berkata bahawa suntikan jarum rasa seperti gigitan semut. Ya, fikirku. Macam semut besar yang bermuncung tajam. Ya Allah, sakit juga suntikan itu. Mukaku terkerut seketika menahan sakit. Sambil badankan menginjak sedikit dari katil cuba sedaya menahan kesakitan itu. Namun harus aku ingat, aku anak jantan yang tidak perlu lemah kerana aku pasti ramai yang mendoakan aku saat ini
Kemudiannya, seorang lagi jururawat mencucuk jarum pada bahagian lipatan tanganku. Kali ini, aku dapat menahan sakit dicucuk jarum kerana sudah bersedia. Suntikan itu dimulakan. Cecair itu membuat tubuhku rasa hangat. “Jangan takut. Rasa panas pada tubuh kamu perkara biasa sahaja.” Doktor seakan tahu aku cemas. Mungkin raut wajahku atau mungkin tubuhku mula mengejang. Seorang doktor pasti tahu segalanya. Takkanlah BSc, MSc, MBBS atau MD berlagak seakan bodoh dan tidak tahu apa-apa. Dan satu hari nanti, aku juga akan bertugas seperti mereka, cuba menyelamatkan setiap insan yang butuhkan khidmat aku. “Kamu cuba tenang sedikit…” Anak mata lelaki berjubah puti tadi mula mengecil, tanda-tanda dia tersenyum cuba menenangkan hatiku yang berdegup pantas. “Kamu rasa mengantuk tak..?”
Aku cuba menjawab tetapi lidahku kelu, mulutku membisu dan mataku kuyu. Hanya satu suasana gelap yang menemaniku. Bukannya aku sedang tidur. Kalau tidur pasti bermimpi. Kalau mimpi pasti aku tahu yang aku sedang tidur. Ia, pasti ini bukan tidur. Tubuhku tidur tetapi mindaku berlegar dalam dua alam dimensi, yang aku tahu hanya hitam dan putih. Mungkin kesan dari suntikan ubat pelali itu tadi. Membuatkan aku seakan terapung-apung dalam kancah sendiri. Ada yang indah dan ada yang gundah.
Gelap dan kelam. Keseorangan tiada berteman. Bersendiri tiada yang menemani. Tiba-tiba aku rasakan satu sinar yang perlahan-lahan terangnya. Keriuhan dapat kudengar samar-samar. Sayup. Aku membuka mata cuba mengesankan dari mana punca suara yang bising-bising itu. Mataku masih kabur. Aku seolah-olah masih dalam alam khayalan. Semuanya kulihat kabur. Semuanya kudengar samar-samar. Lamunanku terhenti seketika. Tekakku mula loya. Dan aku perlahan, mataku membuka. Aku kaku dan sangat lemah. Yang terlihat hanya pada satu jasad lelaki yang dari tadi menemani aku. Dan lelaki berseragam biru dalamm bilik seram itu menghampiri aku. Dipeluk erat jasadku, dan seakan berbisik ada telingaku "Maafkan walid, walid sayangkan wan". Detik itu, airmata kami menyatu. Betapa indah detik ini.
Mata aku melarik pada satu jam di dinding. Tepat menunjukkan jam 2.15 petang. Hampir 6 jam aku dalam bilik seram itu. Detik ini, setinggi kesyukuran akau panjatkan buat DIA kerana telah perkenankan aku selamat menjalani pembedahan ini. Elbow Olecranon Fractures with General Anesthesia Surgery. Ada sedikit rasa sengal pada jasadku tapi aku sudah mampu melemparkan senyum pada lelaki yang dari awal tadi menemani aku. Buat kalian dan teman-teman yang tidak jemu mendoakan aku, dengan rasa rendah diri, aku rakamkan ribuan terima kasih yang tidak terhingga. Jasa kalian hanya DIA yang bisa membalasnya. Saat ini, yang ada dalam benakku adalah empat wajah yang paling aku sayang. Aku akan terus bisa tersenyum lagi buat kalian.
Takdir ini indah walaupun aku terduga dengan musibah yang perit suatu ketika dulu. Dalam pukul 3.30 ptg, aku sudah beransur pulang kerumah. Walaupun doktor (walid aku sendiri) nasihatkan aku tinggal kat wad untuk beberapa hari. Tapi aku menolak kerana aku tahu pasti aku akan merasa bosan yang teramat. Saat aku menulis entri ini, aku sudah selamat sampai dirumah dan tangan kiriku sudah bisa digerakkan sedikit demi sedikit. Aku tinggalkan kalian dengan beberapa keping gambar ihsan dari lelaki berseragam biru. Hanya gambar biasa sahaja dan gambar ketika dokotot itu meratah jasad aku biarlah menjadi simpanan peribadi aku kerana bimbang akan timbul perasaan mual dan loya. Aku sempat hasilkan satu puisi. Ayuh, kita hayati bersama Sekali lagi aku rakamkan ribuan terima kasih buat kalian yang tak pernah jemu memberi semangat dan kekuatan serta bekalan doa buat aku. Sungguh ia aku hargai dan aku akan kenang sampai bila-bila. Dan inilah penamat mimpi ngeri aku. Dan ternyata, ini anugerah terindah. Aku temui tawa dalam gundah. Walid yang aku rindukan sudah kembali kenal siapa aku. Terima kasih walid kerana mengetuai pembedahan anak mu ini. Sayang wan pada walid tak pernah berubah walaupun dulu pernah ada rasa yang menyekat kita. Kini aku tersenyum sendiri di beranda...
Sambil menatap kaki langit
Kukatakan padanya
Disana..
Di atas lautan pasir kita berbaring
Dan tidur nyenyak sampai subuh tiba
Tapi kerana kupu-kupu itu kelelahan
Akan tidur di atas bibir kita
Hari ini
Kita akan bangun pada pagi yang sama
Dengan para pelaut dan perahu layar mereka
Dan akan terbang bersama angin
Seperti beburung senja
Hari ini
Anugerah terindah bertandang
Pada jendela usang
Mengetuk pintu rawan yang telah lama berulat
Dan ia hadirkan
Dan ia hadiahkan
Senyum dalam gundah
Tawa dalam resah
Heart-lung machine
Heart-lung machine
Flowmeter






